Assalammualaikum wbt.

Kisah bulan Ramadhan ini dilukis menggunakan aplikasi Paper Ipad aka New Ipad : )  Lukis guna Ipad 1 pun tak dak masalah.  Alhamdulilah, kita sudah menjalani empat hari berpuasa.  Semoga kita sihat untuk hari seterusnya.

Ipad Paper Sketch Kapal Terbang
Aeroplane : Made with Paper
Eoowwwwww.. Vrooommmm! Traaaaaa tat! tat! tat! Terbang laju lagi.  Ada musuh dibelakang.  Over!! Tolong kapal kita kena tembak.  Arrkkkk!!.

Ipad Paper Sketch Bored
Bored : Made with Paper
Masa bebudak dulu, nak menunggu waktu berbuka, memang besar dugaannya.  Kejap-kejap pandang ke jam dinding.  Muka pun kuyu semacam aje.  Kalau kena hari cuti, terasa lama betul.  Jam 2- 4 petang tu memang cabaran betul arr. Selalunya habis segala mainan digodek, lepas tu baca buku atau komik nak tunggu masa.  Nak ajak member lain, semua pun sama, terkulai keletihan tak larat nak main.


Ipad Paper Sketch Cartoon

Kadang masa bosan-bosan tu, dalam keadaan keletihan, tiba-tiba ada kejutan.

Ipad Paper Sketch Kad Raya Kartun

Rupa-rupanya Incik Posmen.  Masa budak-budak, bulan puasa ni teruja betul bila posmen datang rumah.  Ye lah, masa ni lah nak menaruh harapan kat pakcik abang posmen nak selitkan kad raya dicelah-celah surat bil atau bank babah kita.  Bila ada kad raya untuk kita, perasaan tu memang syiok berbunga-bunga berdebar nak tahu siapa yang bagi.


Ipad Paper Sketch Kad Raya Kartun2
Bila dapat, memang ohsem betul la.  Bebudak, biasalah kan, musti menunjuk-nunjuk dan berbanding-banding.  Silap haribulan boleh tak kawan kejap sebab kes eksyen mengeksyen sesama sendiri..  Zaman ini tiada FB dan twitter.  Jadi, status kepopularitian diri anda berkadar terus dengan bilangan banyaknya kad raya yang dapat.  Hehee.  Selalunya, budak pompuan memang dapat banyak sebab dioarang kan rajin bila bab-bab menulis dan mengarang ni.


Ipad Paper Sketch Jualan Kad Raya
Kad Raya : Made with Paper
Bila bulan puasa, memanglah kena ikut babah kita pergi pasar ramadhan.  Selain syiok tengok kuih dan lauk pauk, ada dua lagi yang syiok tengok.  Orang jual bunga api dan kad raya.  Ngehee. Bab bunga api tu memang babah kita selalu jalan laju dan buat tak tahu je.  Boleh jeling dengan mata aje la.  Tapi kalau orang jual kad raya memang best.  Boleh berhenti.  Kad raya untuk budak-budak selalu ada lukis kartun dan kalerful.  Kad raya untuk macam abang dan kakak kita pulak suka jenis macam pantun-pantun luv.  Kalau babah dan ibu kita, beli jenis yang ada tulisan jawi, gambar masjid dan pelita bunga api camtu.


Ipad Paper Sketch Mesmerize

Masa dekat situ boleh tengok kad raya yang bila buka, ada muzik.  Lagi mahal, ada yang lagi besar, siap ada lagu dan kelip-kelip.  Amik ko!  Memang terpukau.  Orang sekarang kata memang terbaek ko lagi Da Bomb lah.
Ipad Paper Sketch Fikir
Bila dah beli kad raya, memang la kena tulis.  Bila nak hantar banyak, ayat tu jadi lebih kurang sama sahaja, cuma yang beza masa letak ayat tu.  Ada yang awal, ada yang ditukar ke tengah.  Hehe.  Owh, masa budak-budak, bila tulis kad raya, kami tak tulis "aq" "leh" "chat", kami tulis betul-betul.  Yang hebat siap tulis "Saya harap saudara sihat di sana bersama keluarga tersayang"  Ahaks :D .

Ipad Paper Sketch Pantun

Jadi macam kewajipan pulak la, hampir semua kad raya yang dapat musti ada pantun.  Pantun tu bergantung la. kalau bagi dulu kad raya, tulis pantung yang "harap balas", kalau balas kad orang lain, musti habisnya  pantun " harap gantong"  `o' yer bukan `u'.

Owh! sempena bulan puasa dan nak menyokong semula budaya kad raya, Incik RestNrilekS seperti tahun sebelumnya nak hantar kad raya.  Pembaca yang berminat, boleh la DM kat @restnrileks yer alamat untuk dihantar.  Cuma Incik RestNrilekS kena tetapkan la masa, takut tak sempat aje. Boleh dm sampai 1 Ogos 2012.  Ni nama ahli kad raya :
Marzie, LJ, Haaziq, Lufti, Bella, Fabulousnana, Emila Yusof, Incik Azman Ishak, Kak Jie dan Huda.  Ada sesiapa lagi?

Kemaskini sehingga 26 Julai : Kulanzsalleh, samdaddycool (masih tunggu alamat) dan seha (masih tunggu alamat) : )

Selamat Hari Yang Baik : )


Sehingga Lain Kali.



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

33 ulasan:

  1. nak jugalah kad raya, rindu kenangan hantar kad raya.

    Best bila tengok peniaga kad raya yang bkeluar modal besar-besaran 5-6 meja..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Zaman sekarang memang susah dah nak dapat kad raya... kalau ada pun, paling-paling daripada bank.. untuk ingatkan kita yang ada hutang dekat diorang pada diorang yang perlu dilunaskan, hehehe..
    nak jugalah masuk dalam senarai ahli kad raya tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam,

      betul bro, memang susah nak dapat kad raya. Hehe. Bank yang bagi tu tak hingat. Hehe. Kadang bank kadang shopping kompleks cam Jusco, ingatkan suruh shopping.

      Orait, nanti dm alamat kat twitter yer bro : )

      Padam
    2. Terima kasih bro..
      dah DM alamat tadi.. :)

      Padam
  3. Tak keluar lagi : Sigh.. dugaan.

    Rosmansham Alias telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Ini Kisah Bulan Ramadhan. " anda:

    nak jugalah kad raya, rindu kenangan hantar kad raya.

    Best bila tengok peniaga kad raya yang bkeluar modal besar-besaran 5-6 meja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haishhhh, dugaan betul bila komen bro ni tak keluar, terpaksa la pulak copy paste dari emel.

      Mamang susah nak dapat kad raya sekarang. Hehe.
      Kalau dulu memang meriah tengok orang jual kad raya dengan sampul sekali.

      Nanti bro bagi address melalui twitter dm ye bro.

      Padam
    2. bgus satu perkongsian cerita yg melucukan tetapi memiliki msg yg mendalam dan bermakna,teruskan dan tahniah.nak tnye leh keluarkan lagi x episod yg lain,
      p/s: sy nak memberi pandangan ,elok encik rizal keluarkan komik yg berkaitan degn ramadan lagi. kalu boleh keluarkan -dan jual.mcm to hihih.boleh buat duit tuuuu:)

      Padam
    3. Terima kasih maisur,

      Nasib baik hang terhivur. Tak terhibur jawabnya aku syiok sendiri. Haha. InsyaALLAH ada, sempena bulan ramadhan ni, cuma kena cari masa la.

      Terima kasih idea tu. Ada juga terfikir, tapi nanti-nanti dulu. Nak kemaskini dulu resntrileks ni untuk berapa bulan. Hehe. Pick up speed dulu. Kalau nak jual, sebelum ramadhan lagi kena lukis. Tak sempat daa. Haha

      Padam
    4. Hmmm.. pelik apasal komen tu tak keluar... my address otw

      Padam
  4. pandainye melukis...

    menarik entry ni, buat sy tergelak kecil ;)

    mmg syiok zaman dapat kad raya dulu2... nostalgia betul. skrg dah hampir pupus...

    www.ummihanie.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Umie

      Nak datang komen, sekali blog kak umie bandwidth limit pulak. opps

      Tu la, zaman sekarang semua antar sms dan like like je. Hehe. Kat fb, tag orang lepas tu udah. karang pun tak de dah sekarang. Ngehee. Apatah ntah lagi nak berpantun. hehe

      Padam
  5. "Pecah kaca pecah gelas. Sudah baca harap balas!" :D Penamat yang paling best pada setiap surat / kad raya pada zaman tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, memang kena ada tu. kira musti, umpama bila raya kena ada rendang. Ngehee

      Padam
  6. dulu bile dapat kad raya banyk2, mintak abah cari ranting kayu yg bnyk cabang utk gantung kad raya ikat dgn benang,hemm...tp kalu abah xlayan kitorg akan gantong kad raya kat dinding umah guna stapler..abis dinding papan umah..kuikuikui

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. sampai stapler rumah dinding. tu pun biasa jugak tengok bila lawat hari raya.

      Kitaorang just gantung kat pokok je. Dulu ada pasu bunga dalam rumah, zaman sebelum air main pokok plastik. Hehe. Lepas dah penuh kat pasu bunga, letak la pulak atas almari kabinet ke, atas tv ke. Hehe

      Nostalgia semua tu : )

      Padam
  7. I sukalah tengok your kartun ni... seronok baca..heheh..
    kad raya mmg suka diterima tapi sekarang dapat ecard pun ok gak..

    Thanks so much for the card last year..best sgt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih terima kasih.

      Ni pun mati kutu nak cerita apa, kena pick up cepat sebelum ramadhan. Kang tak sempat nak fikir kartun. Lol.

      Owh yea lupa lak nak tanya, alamat masih sama lagi kan? Hehe. Sebab nak hantar lagi tahun ni.

      Selamat berpuasa : )

      Padam
  8. Haha..(FUN STORY n CUTE)Dulu kad raya terselit duit raya sekali.Kawan mesti bagi.Yang pastinya tak sampai berpuluh-puluh ringgit almaklumla budak-budak (: Syiling pun teratur aje susun dalam kad..1 sen,5 sen, 10 sen,20 sen 50 sen dan syiling RM1.
    Kad raya,macam-macam saiz.Hurm.apa lagi bila dapat samalah staplerkan pada dinding hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fun story n cute yer? Hehe. Mekasih.
      Duit raya tu memang penah selitkan juga kad alam kad raya. Kira kunun kreatif arrr masa tampal duit syiling.

      Owh sini jarang tampal, samada lekat kat pokok atau letak atas kabinet. Ngehee

      Padam
    2. Haha betul tu.Kreatif sangat.
      Amboi, patutlah jahaman kabinet haha.
      Jangan lupa kad raya untuk kami RestnRileks Entr** (:

      Padam
  9. wahhh... mr.rnr...mcm byk pengalaman aje...;b
    tapi mmg betul pun..zaman skrg ni jarang dah hantar kad raya,,,huhuhu... patutla raya pun xde feel....
    klau dulu2 tu...siap gantung kt dinding rmh la kt raya yg kte dpt tu...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman? Haha, rasanya semua orang pun ada pengalaman yang lebih kurang sama jay.

      Sekarang zaman banyak dah berubah kad raya, ucapan, pun main tekan tekan ajer. Kalau dulu, bila puasa ada bau kueh raya dimasak datangnya dari dapur, sekarang tak da. Tu semua pengalaman.

      Hehe.

      Selamat berpuasa.

      Sabah camne bah?

      Padam
  10. x sabar nak dapat kad raya. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuuuu dia, tak sabar mengalahkan nak sambut raya. Hehe

      Padam
  11. nak jugak kad raya... hehe... tp nak pm alamat kt mana ye? ke dh tutup? hoho...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kad raya boleh, Pm sahaja alamat kat email rizal di talrasha2007@gmail.com

      Belum tutup, tunggu 1 ogos tutup, lepas tu karang dan hantar sekaligus. Ngehee

      Padam
  12. saya pula mengharap kad raya bentul fizikal lebih banyak diterima dari kad raya bentuk digital pada lebaran tahun 2012 ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, macam tu, musti ramai peminat ni. Memang dapat kad raya fizikal ni lain sikit perasaan dia. : )

      Padam
  13. Balasan
    1. Aha, memang dah kurang stress sudah. Sebab dah buka. Ngehee.

      Terima kasih komen singgah : )

      Padam
  14. Do you need free Twitter Re-tweets?
    Did you know you can get these ON AUTO-PILOT AND TOTALLY FREE by getting an account on Like 4 Like?

    BalasPadam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )