Assalammualaikum wbt.

 Nak kad raya?  Baca dibawah, ngehee.

Esok, rakyat Malaysia akan mula mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Alhamdullilah, akhirnya kita ketemu juga Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Bagi umat islam, Ramadhan itu adalah satu bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan, ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Inilah juga masa untuk kita bermuhasabah.  Maka, marilah kita kejarkan ganjaran di bulan yang penuh rahmat supaya mendapat barakah di bulan yang mulia ini.  InsyaALLAH.

Sila layan cerita conteng-conteng guna Paper New Ipad.


Ipad Paper Sketch Niat Puas
Lafaz Niat Berpuasa Bulan Ramadhan.

Jangan lupa juga niat puasa untuk sebulan terus.  Manalah tahu, kadang-kadang terlupa.  Kalau sudah terlupa sahur, janganlah pula buat-buat lupa puasa pula.  Haishh, budak-budak belum akil baligh sahaja boleh guna alasan tu.  Bila terlepas sahur memang terasa ralat.  Tahun lepas, Incik RestNrilekS ada terlepas sahur sekali. Afdalnya sahur itu dilewatkan waktunya dalam 50 bacaan Al-Quran atau 10-15 minit sebelum waktu subuh. Teguklah air kosong walaupun tak dak makanan. Masuk bulan puasa ni, boleh la bersedia dengan kurma.  Pastikan kurma Yuussoooooffff Taiyooobbb (gaya berbisik) : ).

Ipad Paper Sketch Doa Buka Puasa
Doa Berbuka Puasa. Lepas ni nak suruh Hero baca doa buka puasa.  Tapi musti bunyi meow moew ajer sebab sibuk bau makanan.  Ngehee. Kalau beli kena beli extra sebab Hero ni pengicak.
Bulan Puasa ni, memang banyaklah PARAM (Pasar Ramadhan). Usahawan cendawan pun tumbuh masa ni la.  Ada yang minta cuti sebulan, sebab hasil jualan tu memang masyuk.  Pehh!!. Incik RestNrilekS memang dah bertahun jarang kunjung ke Param.  Cuma sekali-sekala je kalau teringin nak makan sesuatu.  Lecehnya, kadang-kadang bila beli makanan dapat yang tak sedap.  Tak sedap lepas tu mahal.  Anggap je la dugaan.  Tu boleh tahan, tapi tak suka pergi param yang sempit sebab pokchik tak suka berlaga-laga buntut kat ruang yang sempit.  No No No, me dont like.  Kurang saham. Haha. Bulan puasa yang sepatutnya menjimatkan, boleh jadi bulan yang sebaliknya kalau silap belanja.  Itu sendiri mau ingat.  Jarang juga buka puasa stail bufet Ramadhan, sebab masa buka jarang makan banyak, cuma suka ngulang-ngulang lepas Tarawikh.  Rasa sungguh tak feel makan terkejar-kejar ni kalau kat hotel.  Tapi kalau ada sesiapa nak belanja, Incik RestNrilekS terima je.  Hehe. Selalu buka puasa kat rumah, tapi kena masak lebih sebab Hero suka mengicak.  Rezeki ko la Hero.


Ipad Paper Sketch Tarawikh
Mari memeriahkan masjid mengerjakan Tarawikh.  Moga diterima dan mencapai kesempurnaan.  InsyaALLAH.

Satu nikmat bulan Ramadhan ini ialah bila mengerjakan tarawikh.  Kelebihan Tarawikh tu boleh google ye.  Malam bulan Ramadhan memang rasa lain.  Bila balik pulang ke rumah berjalan tu, memang rasa sedap hati je (faedah pertama bila mengerjakan ibadah - ketenangan hati).  Bunyi tarawikh berkemundangan dari pembesar suara masjid atau surau memang sedap.  Selalu tarawikh ni, awal-awal ramadhan penuh.  Harap tahun ni masjid tetap penuh sampai akhir ramadhan. Kalau masa kecik-kecik dulu, kata je nak pergi tarawikh, lepas buat 8 rakaat, mula ligat main dengan geng sampai orang surau habis 20 rakaat.  Kononnya, ganti masa petang yang tak larat main la. Bulan Ramadhan la boleh main malam-malam, sebab hantu semua kena ikat.

Ipad Paper Sketch Sahur
Afdalnya, sahur itu bangun pagi.  Bukan tidur lewat sikit sebab senang nak bersahur.  Kalau Euro boleh, sahur musti boleh. : )
Bangun sahur itu memang cabaran, tapi tidak bagi Incik RestNrilekS. Chewah!! Poyo kejap.  Kalau tidur lewat memanglah.  Ingat kelebihan sahur, InsyaALLAH boleh bangun.  Fikir balik, besar tu pengorbanan mak kita bangun pagi nak siapkan makanan, sedangkan masa tu kita masih tidur.  Bila dah bunyi kelentang-kelentung, tau jugalah jiran-jiran sebelah pun sibuk  bersahur. Kadang2, siap ada bau ikan masin.  Pekasam dengan nasib panas sedap buat sahur.  Pembangkit selera.  Nyum!! Selalu bulan puasa ni, datang ofis memang awal.  Dah sahur, tunggu subuh, selesai subuh siap dan pergi.  Nak tunggu lama-lama pun bukan boleh buat apa.

Kalau nak tahu waktu imsak, boleh juga muat-turun "plug-in"  waktu solat dan imsak seperti di bawah ini di Denaihati : ) .  Pengguna wordpress dan blogger pun boleh guna. Klik Sini







Ipad Paper Sketch Salam Ramadhan
Incik RestNrilekS mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan.
Kepada semua pembaca yang berugama islam, Incik RestNrilekS ingin mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, dan semoga kita mendapat rahmat dan barakah di bulan mulia ini.  InsyaALLAH.  Salam Ramadhan.

Nota : Tahun lepas Incik RestnrilekS bagi kad raya kepada kawan-kawan blogger yang kenal.  Rasanya alamat mereka ada lagi.  Kepada sesiapa yang nak kad raya, boleh la dm kepada akaun twitter di @restnrileks .  InsyaALLAH akan cuba hantar kad raya selagi mampu.

Sehingga Lain Kali.



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

28 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan menunaikan ibadah wajib di bulan ni..
    memang tak susah bangun subuh sebab semua hantu kena ikat.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam.

      Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan juga. Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ni mendapat berkat.

      Ha ahh betul, sebab hantu semua kena ikat, tapi bila dah kena ikat, ada jugak orang yang jadi hantu di bulan puasa ni. Hehehe

      Padam
  2. Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa. Semoga menjalani ibadah bulan Ramadan dengan penuh keberkatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menyambut Ramadhan juga. Selamat berpuasa dan menjalani indah bulan Ramadhan. Semoga ibadah kita diterima. InsyaALLAH

      Padam
  3. :D Semoga ramadan kali ini amalan kita lebih baik dari sebelumnya. Selamat berpuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaALLAH.

      Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat berpuasa juga : )

      Padam
  4. salam encik Noorizal Ramly.

    Saya dah lama subscribe blog rilek and rileks.
    Terlalu sempoi lukisan, mesti teruja bila melihat.
    Semoga terus berkarya di bulan puasa.
    Selamat berpuasa, berbuka dan bersahur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Azah.

      Wah terasa glamer kejap sebab ada blogger super ohsem retis komen kat sini. Rasa honoered daaa. Ngehee.

      Terima kasih langgan : )

      InsyaAllAH akan berkarya juga di bulan puasa (tengah mati kutu ni nak lukis kartun apa)

      Selamat berpuasa, bersahur dan berbuka juga azah. : )

      Padam
  5. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna! ^^

    *terima kasih sebab singgah blog saya yang tak seberapa. hik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab singgah ke sini. Terima kasih juga sebab follow di Instagram

      InsyaALLAH, sesamalah kita cuba mencapai ibadah yang sempurna.

      Ishhh, mana pulak tak seberapa tu. Cantik tu : )

      Padam
  6. selamat berpuasa Rizal!
    can't wait to visit the Ramadan bazaars hehe :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Hehe.

      Dont think will be going that much this year to PARAM le. Hehe.

      Padam
  7. chewah!! wakey2 for sahur!! :D

    BalasPadam
  8. Selamat menyambut Ramadan..dan selamat menjalani ibadah puasa.
    sukalah about life picture drawing camni..macam ader satu buku yg aza baca by Danny Gregory "the creative license" same concept but different idea n material..
    All the best in Ramadan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menyambut Ramadhan juga azah.

      Wahhh ko ni advance le. Aku tak tahu pun Danny Gregory sampai terpaksa google. Dah Google, waaaaaaa memang cun itu danny gregory.

      Ko bila lagi nak conteng-conteng. Ni masa meeting asyik tengok conteng buku nota meeting je. Hehe

      All the best to you too : )

      Padam
    2. yang tu kena tunggu aarr beli ipad baru...tapi nak tunggu mek beli dulu baru aza beli..ngehngehngeh

      Padam
  9. Selamat menyambut bulan ramadhan dan menjalani ibadah puasa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut ramadhan dan moga ibadah mendapat keberkatan pada bulan ini : )

      Padam
  10. http://wanwidget.com/

    bro lawa la gambar gambar tuh, amik mana yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi bertandang.

      Owh, gambar atas tu lukis sendiri. Selamat berpuasa Wan.

      Padam
  11. Salam Ramadhan Incik restnrileks..
    Sedar tak sedar dah masuk 4 Ramadhan, hari ke 5 solat terawih.

    Suka, suka, suka..dengan ilustrasi untuk Ramadhan ni..Tak sabar untuk tunggu ilustrasi hari raya pula hehehe..
    Kirim salam dengan H E R O(:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam .

      Tu la, pejam celik pejam celik dan 4 malam berlalu.

      Tq, tq, tq. Adoi, ilustrasi Raya pulak dia dah fikir. heheh.

      Wokeh, tapi HERO kata kalau ada aweks je baru dia balas balik. Hehe

      Padam
  12. slmt berpuasa :) btw sgt cntik2 coretan2 anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa kepada anda juga. Terima kasih sebab datang mengomen di sini.

      Selamat hari yang baik.

      Padam
  13. Balasan
    1. Musykil sungguh la cik tom ni. SEO bukan main rancak, sekali tak dak akaun twitter. Hehee. Tak pa. Tak da teringin nak buat akuan twitter ke cik tom?

      Padam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )