Assalammualaikum wbt.
Lambat pula kali ni kemaskini entri di blog RestNrilekS ni. Tapi, apa-apa pun, pada tahap ini, memang boleh dikira hebat la (untuk RestNrilekS aje) sebab bulan Julai sahaja, sudah ada enam entri. Whoaho!! Minta maaf ye, tak boleh la kalau hendak dibandingkan dengan blog lain, jawabnya masuk sampah la status ini. Haha. Tak pa, Ini cuma langkah kecil untuk RestNrilekS sedut balik tenaga rajin membuat entri.
Ramadhan kini masuk minggu ke dua. Selain bulan Ramadhan yang yang diketahui penuh rahmat dan barakah, bagi budak-budak, Ramadhan ini lah juga masanya untuk jadi berani sebab diketahui, hantu syaitan semua kena ikat dan gari. Ngehee.
Blurb : Made with Paper |
Masa kecil-kecil dahulu, ada satu pohon rimba yang tingginya hampir setinggi rumah dua tingkat. Kata orang ada penunggu yang duduk di situ. Dari jauh nampak kecil, makin dekat nak lintas, makin besar pula. Selalu dimomokkan adanya hantu galah di situ. Seram wei.
Hantu : Made with Paper |
Malam Tarawikh : Made with Paper |
Kalau balik dari madrasah malam (ceramah ugama), semua pakat jalan perlahan-lahan, takut kena sorok. Selalunya semua tunjuk berani. Owh masa tu, tak payah cakap. Mulut seorang-seorang terkumat-kamit baca Al-fatihah, Surah Qul, Tabbatdyada ,mengalahkan ustaz. Lagi dekat lagi kuat bacaan. Paling tak best, bila ada yang panik. Mulalah semua orang bertempiaran lari, walhal tak da apa pun. Lepas tu ketawa dekah-dekah.
Tapi, kalau bulan Ramadhan, memang berani. Tak Takut, sebab ada power. Kan bulan sabit Ramadhan fire hantu.
Suka Malam Puasa : Made with Paper |
Lepas tu kalau malam bulan puasa, mula la, budak-budaknya terjerit2 main malam-malam. Biasalah budak-budak. Kalau kena tegur pun, siap boleh jawab "Alah hantu mana ada masa bulan puasa.." Masa tu la bukan main riuh dan berani.
Memang betul dugaan syaitan dan hantu (aka jin) tu tiada. Yang tinggal hanyalah nafsu yang dikekang dan dikawal. Kalau hantu dan syaitan kena gari bulan puasa, kenapa yer perangai dan habit yang tidak baik dikekang dan cuba berhijrah kepada yang lebih baik? Ewah, sedap aje Incik RestNrilekS cakap.. .
Dugaan bulan puasa ni bukan sahaja dari segi lapar dan dahaga.
Shopping pun satu dugaan juga. Ada banyak duit pun dugaan, kurang duit pun dugaan juga.
Paling tak best bila tengok orang sanggup letak kereta sesuka hati sampai menyusahkan orang lain di bazaar ramadhan. Lepas tu buat muka selamba. Dugaan.
Sembahyang jumaat pun satu hal. Sudah la datang lambat. Lepas tu hadang kereta orang lain nak keluar. Tak salah nak berdoa, tapi agak kurang chantek bila kita niat untuk beribadah, tapi dalam masa sama tidak menjaga ibadah kita sesama insan.
Tak terkejut bila Malaysia tersenarai dalam kedudukan agak corat bila bab-bab budi bahasa dan tata-susila ni : ) Baca sini :
Mungkin boleh ubah dengan langkah kecil ucap terima kasih kepada penjual bazar bila pulangkan duit. Ucap terima kasih masa bayar bil di kaunter perkhidmatan. Terima Kasih sahaja dulu. Apa pun, Incik RestNrilekS pun sedang melatih mengengkang kemarahan tahap super saya di bulan Ramadhan ni. InsyaALLAH.
"Some of the issues highlighted related to lack of courtesy, smoking in toilets, ignoring signs against smoking, littering in public places, not giving up seats for pregnant women and the elderly, rushing into lifts, trains and buses before allowing passengers to exit.
Other problems include ugly driving habits, poor toilet etiquette, talking loudly on phones even in places where there is supposed to have privacy, not saying “thank you” when assistance is given, and leaving trolleys in parking lots."
Mungkin boleh ubah dengan langkah kecil ucap terima kasih kepada penjual bazar bila pulangkan duit. Ucap terima kasih masa bayar bil di kaunter perkhidmatan. Terima Kasih sahaja dulu. Apa pun, Incik RestNrilekS pun sedang melatih mengengkang kemarahan tahap super saya di bulan Ramadhan ni. InsyaALLAH.
Selamat Hari Yang Baik : )
Sehingga Lain Kali.
P/s : Nama mereka yang bakal dapat kad raya : Marzie, LJ, Haaziq, Lufti, Bella, Fabulousnana, Emila Yusof, Incik Azman Ishak, Kak Jie, Huda, Kulanzsalleh, samdaddycool dan Seha.
|
Bila syaitan dah dirantai, barulah lebih terserlah sikap buruk kita! Semoga kita tidak terperangkap didalam mentaliti kelas ketiga sedangkan negara semakin maju!
BalasPadamMalaysia ni walaupun infrastruktur dah canggih, tapi memang jatuh kalau tengok dari segi adab dan tata susila. Tension kalau bab beratur ada yang main selamba ajer potong
Padamattitude manusia itu sendiri yg bermasalah...mind set kita kena ubah. Taoi yang peliknye macam dah tak boleh ubah :)
BalasPadamSebenarnya boleh ubah, tapi nak ubah habit bukan senang. Kalau habit mudah ubah, dah ramai yang jadik baik. Hehee
Padamhihi kadang2 manusia lagi jahat dari hantu... hantu lagi pening tengok gelagat manusia agaknya.. hihi
BalasPadamHaha, tuu memang betul.
PadamTak payah tengok jauh-jauh. Kat tempat kita yang sememangnya berhantu penuh juga dengan manusia hantu. Hahaha.
Salam.. Haha ni lagi satu bab menarik tentang hantu di bulan ramadhan. Hantu la besides kad raya punya cerita tu kan. Betul, masa budak2, memang ada rasa satu power yang semacam menguasai diri? Know why? Hantu kena ikat la. Main sampai orang habis tarawikh pun tak takut sebab tak ada hantu!
BalasPadamLepas makan je, (buka puasa) semua angkut geng pegi depan rumah. Main bagai nak rak sampai la parents balik tarawikh. Pernah la sekali lawan skuter. Ala.. Skuter yang tolak dengan kaki tu. Masa tu saya paling famous la sebab dapat barang up to date tu. Lucky draw kat sekolah! Famous gak la orang lain punya kecik. Mine yang besar tu. Race la kOnon malam tu. Sekali dah sampai hujung lorong la. Race pulak kat kawasan curam. Sekali dah terlebih laju, brek pijak belakang panas. Tak tau nal buat macam mane, apa lagi. Cium jalan tar la jawabnye. Terus lari masuk umah. Lutut dah luke. Seluar koyak lagi. Lari masuk umah cepat2. Buat2 pegi nak main balik tapi lutut sakit. Tapi takut mak syak wasangka pulak, kawan2 biasa la. **kanak2 jujur..
So, Nasib mak tak marah cuma kena warning je la sikit2. Tapi syOknya mak pun bagitau, anak2 jin ada. Mak bapak dia je kena tangkap. Sebab tu dia kacau budak2 main malan. Takut la kan. Esoknye Bagitau geng, semua tak jadi main. Tapi sekejap je. Lutut baik main pulak pastu. Tapi tak aktif mane sebab busy bisnes kad raya. Hehe..
Ok! That's all for hantu story. Hope to hear soon again!
Well,
Terima kasih seha. Panjang tu komen. Hehe.
PadamMasa budak budak memanglah. Seronok je time tu. Kira. Problem free. Paling tidak problem datang pun masa nak buat homework.
Kalau main luka tu memang la, balik rumah senyap je. Kunun-kunun nak sorokkan dari mak kita. Kalau kena tahu, cedera teruk sikit, memang memula kena bebel, tapi mak kan, camne pun tetap sayang. Haha.
Wah business kad raya? Dulu kecik kecik memang business kad raya jugak kat kawan kawan sekolah. Hehe
sapa yang lukis ni ? comelnya
BalasPadamIncik rehat uang lukis puan bee. Hehee
Padambee, incik admin ni pandai melukis tau ;)
PadamHee Hee. Lukis biasa biasa aje
PadamWah wah wah 6 entri bulan July?? Syabas! Saya 5 sahaja... but Ogos dah ada satu la la la... :)
BalasPadamSo cute ur hantu! LOL byk bad habits M'sians... and ada kebenaran in what was stated yes?
Tu la, harap harap berkekalan la semangat kat rnr ni. Yang ni pun kira satu untuk bulan ogos. Hehe.
PadamLukis hantu tengah malas. Hehe. Semua yang dinyatakan tu memang benar. Dalm satu perkara, yer kita advance tapi tatasusila tu sudah menjunam jatuh daaa.
Assalamualaikum
BalasPadamoh. semalam kat kilang ada 2 orang operator kena histeria. pak guard kata "gred A". keh keh. what ever it is, beramal la sebaik2nya sebab bulan ramadhan ni datang setahun sekali je. kan kan..
Waalaikummusalam Huda ala Mcgyver : )
PadamKena histeria "Gred A". Apakah itu? Tak pernah tahu pun. Kalau Gred F camne lak? Ho Ho.
Yer bulan yang datang setahun sekali harap boleh diambil untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Selamat bersahur : )
aku suke la kartun ni. gile lame kot aku tak pegang pensel dan pen untuk melukis. kalau tak dulu... drawing pen tu ade macam macam jenis set mata. hurm.. sayang betoi satu lagi bakat tak diasah.
BalasPadamanyway.. good motivation la bro. setan dah kene ikan pon... tapi still selipar orang hilang masa balik dari masjid. pelik gak.
"alang-alang kasut aku dah kene curik, aku sarung je la yang mane ade... mujur aku keluar awal, boleh je pilih mane patern kasut... siap boleh test-test mane sedap"
- haihhh.... -
Oho. Lama tak nampak Incik AI.
PadamTu dia, ada macam-macam set drawing pen. Aku pun dulu tak dak koleksi camtu. Apa lagi, mula la lukis sikit2. Mana tahu bakat terpendam tu menyerlah semula. Boleh dok bagi kat amirul untuk kenangan chiter nanti.
Haha, selipar hilang? Mau disebat oleh orang yang keluar awal tu. Boleh pilih tu nak kaler dan corak apa tu. Siap boleh test mana sedap tuu yang tak hingat. Hehe.
Assalamualaikum..
BalasPadamzaman kecik dulu kalau sebut saja pasal hantu.. ketakutan memang tak boleh nak bayangkan.. zaman sekarang ni hantu pun dah takut pada manusia :D
...cerita semalam... waktu pegi tempat exam.. tetiba jalan jammed. Sebelum ni tempat tu tak pernah pun sesak macam tu sebab jalan ada dua lorong. Beberapa lama sampai juga di depan. Rupanya ada orang letak kereta di laluan kiri depan kedai. Tiada sebarang tanda kerosakan pun. Jadi semua kenderaan terpaksa masuk lorong kanan. Betul-betul tak bertimbang rasa punya orang. Nasib baik pemandu lain tak naik hantu kalau tak mesti ada yang pegi langgar kereta dia tu, hehehe
Waalaikummusalam wbt.
PadamMemang, zaman kita mudah ajer nak ditakutkan dengan hantu. Budak sekarang cakap, ada hantu, laju jer dia jawab balik, "Mana Ada..." hehehe. Zaman sekarang memang ramai manusia perangai hantu. Manusia zombie pun ada. Hehe.
Bulan puasa orang bersabar. Tapi tu lah, kadang bila bersabar, orang luar sana suka ambil kesempatan. Tadi pergi bazar ramadhan pun nampak ada juga yang buat perangai. Bikin malu nama islam aje. Berpuasa tapi boleh susahkan orang lain. Dalam banyak hal, kita sebenarnya boleh belajar nilai courtesy dari luar negara, tapi sepatutnya Islam tu kan ad-din, way of life, bukan sekadar hanya sambut maulidur rasul, nisfu syabaan, tahun baru islam dll, patutnya kalau diamalkan islam itu sebagai ad din, tak payah pun nak pandang tempat lain.
Haishhh, lihat yang tu bagi perasaan dalam diri supaya sabar dan berhijrah kepada yang lebih baik.
Selamat bersahur.
Setuju bro.. Islam dah cukup lengkap.. kalau benar-benar dijadikan panduan hidup mesti semua perkara negatif tu tak berlaku..
PadamBetul tu, islam memang dah cukup lengkap. Cabarannya jadikan panduan : )
Padamlagi malu kalau ada rakan non-muslim bercakap pasal cara Muslim (yg < sivik) parking kereta time Friday prayers...
BalasPadam*kenapa gmbrnya tak keluar ye..? :(
Memang malu tu. Nak nak bila lintas jalan main suka je lintas jalan, harapkan kereta yang bergerak melintas. Malu ooo lepas sembahyang buat perangai macam tu.
PadamEhh, gambar keluar la. Semak kan pelbagai peranti semua keluar gambar. Mungkin tenet ada masalah sana kot.
Terima kasih singgah dan komen : )
crita psl phon rimbun bsr mmgkan org akn ckp ada penunggu hehehhe... dulu2 masa kecik nor pun cam tu sampai pkok besar ca alif bot lariiiiii
BalasPadamHahaha, cha aliff boottt. Lari, ni musti belajar ayat dari aiman. Kita masa kecik dulu tak dak mengejar stail camtu, mungkin bukan gemerasi orang la.
PadamMemang kalau pokok besar rimbun buluh ke, pokok ara dengan juntai juntai, musti ada chiter penunggu yang menumpang. Hehee
http://wanwidget.com/
BalasPadambest la citer ko nih, tulisan menarik dan ditambah lagi dengan gambar yg segar dari ladang, teringat kisah masa kecil dahulu
Sori la wan, pakai platform blogger, jadi tak dK comment luv.
PadamGambar segar dari ladang tu yang tak sanggup tu. Ngehee.
Tapi tu la, kisah kecil kecil bulan Ramadhan memang seronok dibuat kenangan.
wahahaha.... menarik kartunnya... juga ceritanya...
BalasPadamyg sy baca, syaitan2 yg sgt jahat saja dirantai, yg mcm askar2 kecik ni masih berlegar2...
godaan nafsu yg dah sebati dgn jiwa pun betul juga
Hehe. Terima kasih.
PadamGodaan nafsu yang dah sebati tuuu memang kena belajar hijrah tu : )
Takut hantu, lebih-lebih lagi lepas tonton cerita hantu... lepas tu terbayang-bayang masa lalu tempat gelap... Bulan puasa, steady sikit.. tak rasa takut :)
BalasPadamAha, lepas tontotn chiter hantu memang seram weh. Tapi suka juga tengok chiter hantu. Lepas tu mula terbayang kelibat.
PadamTapi bulan puasa memang steady i ve got the Powaahhhh!! Hehe : )
jeles n jeles tgk lukisan makin lama makin cun..hehee...
BalasPadamciktom plg suka tgk citee hantu...
tp mmg ingt ms budak2 dl mmg semua jd berani je bulan ramadhan sbb hantu kena ikatkan..semua duk main mercun,, main pelita, tanglung habis pergi keliling kampung..
Hehe Cik tom. Mekasih. Incik RestNrilekS pun jeles tengok Cik Tom asyik masyukkkk aje. Ngehee.
PadamSamalah, suka tengok chiter hantu. Nak nak layan malam-malam.
Tapi bulan puasa memang super powahh berani ada lebih sikit. : )
masa sekolah rendah mengaji malam kt uma cik dah, pas tu bile nak balik mesti baca ayat 3 kul kuat2 takut lalu kat jambatn..padahal time tu baru pukul 9 lebih..lampu jalan pun terang..kui kui kui
BalasPadamtercabar n teruji kesabaran di bulan puasa ni bile ade org2 yg tak bertimbangrasa n bertanggung jwb. GERAM KAN!!!
Alamak azah, camne den terlepas pandang komen ko ni zah. Ni musti kes aku terbanyak makan lemang rendang sampai lupa. Tapi komen ni datang sebelum raya. Masuk spam kot? keke.
PadamLepas raya ni nampaknya berterusan je orang yang tak bertimbangrasa dan bertanggungjawab. Memang gerammmmmm.
hahaha.....hantu memang kene ikat, tapi HANTU RAYA masih ado.....ahaks...
BalasPadamHantu raya tak best jj. Duit Raya lagi best. Syarikat tak bagi bonus raya ke Jay? Ahaks :D
Padam