Gambar tudung saji anyaman rotan ni aku dapat dari internet. Terus terang, aku ambil sebab agak tertarik dengan kombinasi warna dan pergerakan anyaman rotan. Dari segi teknik, tiada yang baru, teknik biasa yang diamalkan, cuma hasil tudung saji ni agak unik sebab gerakan anyaman dan juga warna corak yang digunakan. Warnanya, bagi aku agak panas menyerlah aaa "wild n hot striking colors..hehe". Mungkin sedikit sebanyak bantu untuk timbulkan kelainan dari kebiasaan warna "natural" bagi produk tundung saji anyaman rotan. Lagi satu yang diperhatikan juga, dari segi gerakan anyaman, selalunya, kalau tudung saji rotan, gerakan anyaman rotan tuu secara horizontal dan bergerak sekeliling. Satu lapis satu lapis sehinggalah ke lapisan ke atas. Tetapi, yang ni berbeza sebab dipecahkan secara ruang-ruang dan anyaman adalah secara vertikal atas ke bawah. Anyaman gerakan vertikal atas ke bawah dengan pecahan ruang-ruang tuu yang juga lah buatkan seolah olah ada pola-pola tertentuk. Jadi kalo kita lihat dari atas (yerr arrr masa berdiri nak angkat tudung saji), so pola2 tuu macam bentukkan satu rupa (shape) yang menarik jugak la. Kedua aku suka juga, sebab cara dia "construct" adalah vertikal..jadi ending bahagian atas tu secara automatis, boleh dapat rupa bunga. Cool. Keaedah nak buat tak lah sukar, cuma kalo banding dengan gerakan horizontal, gerakan vertikal lebih banyak ambi masa. Tapi apa salahnya kalo berbaloi. Apa pun..aku list jugaklah dari mana aku dapat, sebab gambar ni diambil dari internet dan bukan dalam koleksi tersendiri aku.
Koleksi gambar - Dari Koleksi "Galeri Produk Penjara"
Alamat Web - http://jpmportal.prison.gov.my/tempahan/index.php?page=4&type=kategori&kategori=RT
Dihasilkan oleh - Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar
Sesiapa yang berminat, boleh hubungi di bawah ini, jangan hubungi aku..aku tak dak kena mengena dengan depa..hehehe..
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

Galeri Penjara Air Keroh No Tel: 06-2316854 | atau | Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar Pegawai Perusahaan Bahagian Perusahaan No Tel: 06-9522711 |
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]