Assalammualaikum wbt.
Semoga pembaca RestNrilekS sihat hendaknya.  Amin.

Conteng-conteng Paper Ipad

Saya kurang pasti bila masa saya mula melukis.  Yang pastinya, saya memang tak suka melukis dan tak pernah rasa berbakat pun.  Seingat saya, lukisan pertama saya macam juga "standard" lukisan kanak-kanak yang lain.  Ada rumah, langsir (Tu rasanya cikgu yang suruh supaya lukisan bertambah cantik), kereta, emak bapak dan anak (keluarga bahagia), pokok dan juga bunga.  Ohh, matahari, bukit, burung dan awam memang wajib kena ada : D.

Lukisan Kartun Ipad Paper

Kelas lukisan masa sekolah rendah sangat saya tidak suka.  Sebab apa?  Sebab mereka suka menunjuk-nunjuk kaler pensil mahal mereka.  Saya cuma pakai kaler pensil murah duabelas batang sahaja.  Itu belum masuk lagi "pencil box" dan lain-lain alat tulis lain lagi yang mereka eksyen dengan saya.  Terasa sungguh rendah diri.  Ngehee. 
Masa Sekolah Rendah

Sebab saya suka kucing, jadi saya selalu lukis kucing.  Kucing saya, "Comel" (sudah Arwah) selalu posing-posing gaya model untuk saya.  Dari situ juga saya tahu, walaupun saya suka kucing, tak semestinya saya pandai lukis kucing.  Arkkk!!


Mencabar sungguh bila tiba subjek lukisan.  Selalu keliru nak lukis apa.  Apa yang dibayang, selalunya tak sama dengan apa yang lukis.  Err, akhirnya kerap dijadikan contoh sebagai yang contoh yang tidak baik.  Keke.

Rotan Sekolah Menengah

Kekeliruan tu terbawa-bawa sampai ke sekolah menengah.  Dah la cikgu kelas lukisan tu garang.  Nasib baik lukisan kena ambil sampai ke tingkatan tiga sahaja, sebab tingkatan empat masuk aliran sains.  Saya cadang nak gugur Matematik Tambahan dan ganti dengan subjek lukisan, tapi cikgu-cikgu kata tak da masa depan kalau ambil lukisan.  Katanya bukan tindakan bijak.  Terkubur la cita-cita nak jadi Arkitek.

Lukisan Bogel
Pendek cerita, beberapa tahun selepas itu..

Terkejut betul bila kena masuk kelas di dalam luar negara.  Ada satu sesi, kena lukis model perempuan bogel secara live.  Va Va Va.  Satu pengalaman yang baru.  Lepas tu, budak2 Malaysia yang lain, sibuk nak masuk kelas saya.  Jangan harap, korang duduk sahaja belajar dalam fakulti business, dan engineering korang tu yea.  Ngehee.


Ehh, lukisan kartun saya ni cun tak kalau tengok guna Samsung S3 atau Note?  Katanya ada tawaran hebat.  Dengar Cerita la. 


Lukisan Kartun

Balik cerita model. Model tu datang dan tengok lukisan saya.  Mungkin sebab saya seorang sahaja orang Asia dalam kelas tu kot.  Siap letak tangan kat bahu saya dan puji.  Kembang semangkuk hidung saya hari tu.  Agaknya, sebab terkenas sentuhan gadis blonde baru sifat berani lukis tu ada.  Haha.

p/s : Owh, saya dah mula letak plugin untuk komen pakai Facebook.  Boleh cuba

Dari saya Incik..
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

39 ulasan:

  1. wah blaja smpi luar negara ek..mesti budak pandai ni..hee
    ciktom plg xsuka subjek lukisan sbb xpndi melukis... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah, tak dak la pandai mana pun Cik Tom. Tersasul ke sana.

      Masa dulu memang tak suka Lukisan, tak suka Biologi, Tak suka kimia, tak suka Matematik Tambahan, tak suka...... Keke :P

      Terima Kasih bertandang : )

      Padam
  2. matahari mesti di celah bukitkn..... pastu dulu nor suka lukis gbr sungai dr bukit hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Matahari musti di celah bukit. Sungai tu pun yer jugak. Lagi satu bunga2 yang ada rama-rama. Ngehee

      Padam
  3. Hebatlah belajar seni sampai keluar negara. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishhhh Incik AB, biasa je. Semua orang pun hebat-hebat juga.

      Padam
  4. Memang that's how i lukis my rumah sama langsir (with flowers) trees with buah epals... flowers.. birds.. gunong sama bukit.. dengan matahari.. same dengan lane ke rumah.. hehehehehe.. sama je rumah yg saya lukis la. Mungkin kita semua diprogram camtu.

    you have strong line stroke Rizal.. hehehehehehehe

    i would prefer however to say that your strokes are lively... and so fluid! i've been to fine art classes.. why oh why kita takda naked men/women as models. Bah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ann, yelah cikgu yang ajar lukisan pun bukan cikgu khas lukisan kan? Jadi cikgu tu ajar versi standard laa. Ngehee. Semua diprogramkan. Ha ahh, buah epal? Herankan? Lukis kat malaysia tapi buah epal jugak lukis.

      Anny, bila nak tunjuk skill, nak jugak rizal tengok itu skill fine art. Rizal tak pandai line fine art ni. Lukis orang dan pemandangan, memang fail.

      Line tu agaknya sebab selalu doodle atau pun hasil sebab buat industrial design. Ide kan memang ditekankan pada line stroke bila buat sketches. Haha suka suka ajer rizal buat analisa. Kekee

      Padam
  5. :D Teringat kisah dulu-dulu.. Saya memang fail bila lukis manusia & binatang.. Tapi sangat hebat bila melukis kapal induk "Battlestar Galactica"!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owhhhh, Battlestar Galactica. Best chiter tu. Sama lah, memang fail lukis orang, binatang dan pemandangan. Tak pernah lukis BG tapi pernah lukis spaceship Buck Rogers. Hehee

      Padam
  6. Semua sketch tu lukis guna tangan dan warnakan dengan komputer atau semuanya dengan komputer atau semuanya dengan tangan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Incik Eizil, semua lakaran ni memang guna tangan (aka jari). Kira gaya traditional campur moden sebab lukisan guna jari atas peranti Ipad guna aplikasi "Paper" (kira top aplikasi bagi artis dan designer)

      Padam
  7. Imbas kembali masa zaman budak.Lebih kurang sama aje semua orang tabiat melukis seperti gambar rumah kat atas tu hehehe :)Rumah tanpa tiang, pokok sebatang dan yang penting pandangan depan aje hihi..

    Untuk pengetahuan Incik RnR kalau suka kucing hindarkan dari amik foto cute dia, sebab 'kebanyakkan' kucing banyak hilang, kekadang tak sempat umur panjang, sakit dan macam-macam lagi la.. Ini orang dulu cakap la.huhu..{Jaga HeR0 baik-baik }
    Selamat mencuba (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu memang dah diprogramkan kot. hehehe.

      Tang ambil gambar tu, tahu juga, tapi anggap cerita macam tu, cerita macam tu ajerlah. Sebab arwah si Comel tu, masa hidup, gambarnya banyak juga ambil, akhirnya meninggal dunia pada umur 17 tahun dan ibunya pada 18 tahun.

      Mama, meninggal umur 9 tahun, Blackie MIA umur 7 Tahun. Harap-harap Hero ni sampai la umur panjang. Tapi kita hanya mampu merancang : )

      Padam
    2. Wow..ingat umur tu..hehe..Lupa pula,semua kucing-kucing RnR ada surat beranak hihi..
      "kita hanya mampu merancang : )" betul,betul,betul...Kalau dah umurnya pendek nak buat macam mana kan.

      Padam
  8. lukisan santai sambil bercerita. best dan kreatif.. kat Malaysia ni kalau yang kreatif cepat-cepat kena kondem sejak kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha,itu memang berlaku, sampai sekarang pun. Kerja utama, jurutera, doktor, business. kalau bab kreatif pun, arkitek. Kalau sebut nak jadi petani, peladang atau askar, dipandang serong. Ishh ntah apa-apa ntah.

      Padam
  9. kalau dah berbakat, tak perlu pensel warna mahal pun takpe... hihi

    samelah, lukisan standard dan tipikal kita semua sama mcm gambar pertama tu... :)

    lama dah saya tak melukis. masa muda2 dulu rajin gak melukis, tapi minat lukis gamabr perempuan2 comel2 je... yg lain2 tak reti. skrg minat tu dah turun ke anak perempuan sulung, tapi dia jauh lebih pandai dari saya :)

    kelas lukisan luar negara mmg mcm tu yer, gunakan model perempuan bog**. hmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa ummie. Budak-budak, biasalah. Musti menunjuk-nunjuk bila ada benda baru.

      Haa ah lukisan yang standard dah diprogramkan oleh cikgu. Siap ada chimney kadang2. Nampak sangat pengaruh luar. Hehee.

      Tak tentu juga, nasib ikut kelas drawing, tapi memang terkejut masa tu sebab lecture tu tak inform pun. Tiba tiba ajer kena lukis figura drawing. Sigh.

      Padam
  10. dulu suka membanding-banding lukisan dgn kawan2 siapa lebih cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu jarang abndingkan lukisan dengan kawan-kawan, sebab memang dah tahu lukisan sangat tidak cun. Ngehee.

      Terima kasih bertandang. Kalau sudi, datang le lagi. Selamat Hari minggu :)

      Padam
  11. Salam Rizal! :)

    He he he I dulu masa sekolah, art class mmg tak suka. Sebab terpaksa melukis walaupun tak tahu and my art is almost always one of the worst, boo hoo! Tapi gambar pertama tu, I think I can draw ha ha, rumah I pun mesti ada chimney pas tu berasap, padahal kat Malaysia LOL! Happy weekend! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Marzie.

      Haha, sama lah kita. Lukisan memang teruk. Tak faham betul nak lukis apa dan nak lukis camne bagi cantik.

      Pelikkan, lukis kat malaysia, tapi rumah ada chimney. Lepas tu kalau lukis pokok, musti ada buah epal. Bukan buah tempatan. Nampak sangat begitu jauh ke dalam kesan penjajahan dalam pendidikan negara. Lol.

      Happy weekend : )

      Padam
  12. wow model perempuan bogel!? so lucky lah u guys hahaha..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, memang terlucky sekejap. Budak perempuan semua ngeluh dan dia cakap kat lecture, kenapa tak dak model lelaki? Kekeke

      Padam
  13. oh i've always loved art! i love drawing and painting since i was young..esp at school and (tell u a secret lol) i wanted to be a fashion designer! hahhaah aiyoyo :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah mon, i never knew. Fuiyooo fashion designer. I thought i wanted to be an architect, but not because of buildings, but more of how glamorous the job line is. Lol

      Padam
  14. wahh...dassyattnye...dpt lukis model tu...musti cute kan...kekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Incik Nordin memang nak juga tu zuraimah. Mungkin lepas ni boleh panggil dia Incik Nordin, lebih klasik

      Padam
    2. Incik Nordin tu akan dipanggil nanti huhu..Akan tiba dalam masa terdekat ni.

      Padam
  15. Model bogel tu tua ke muda? member aku kena yang tua, sebab nak dapatkan texture , + wrinkle .. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Model lukisan tuuu muda. Sebab yang jadi model pun student sana kira buat untuk dapat wang saku. Whoaha. Yang tua. o.O tekstura dan kedutan? Ohhhh!!

      Padam
    2. Tapi nasib baik aku tak kena sebab aku masuk 2nd year. Member aku kena buat tu masa 1st year.. :D

      Padam
  16. mesti berdarah2 hidung masa melukis tu kan? hohoho

    BalasPadam
  17. Nude model...hahaha saya percaya true artist boleh separate between the sex and the arts.

    BalasPadam
  18. Olla Rizal! Lama dah baca post ni tapi tak sempat nak komen... harini baru teringat dan nak komen... hahaha...

    Urmmm... lukisan Rizal kat atas skali tu memang betul2 sebijik la cara chegu zaman Nessa ajar kat skolah dedulu. Memang masa tu tak pernah paham kenapa rumah mesti ada asap serombong tu... matahari kat celah2 bukit siap ngan rumput2 dan bunge2 skali... tapi memang kiut la kan. Betul2 dpt mengimbas kembali memori zaman kanak2 riang :D

    Ohhh drawing the nude model itu reminds me of Mr. Bean's episode. Dia pun 'terpaksa' lukis nude model tapi hati Mr. Bean baik dan murni sekali... sebab dia lukis benda lain.

    Aiyoooo... Nessa dulu sampai sekarang tak suka Matematik Tambahan. Seksanya setiap kali masuk kelas itu. Tapi chegu Math memang baik dan cuba sedaya-upaya ajar Nessa. Cuma otak ni tak nak belajar dan tak nak terima :(

    BalasPadam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )