Made with Paper
Yee haww!! Freedommm!! Perasaan Pokchik membuak-buak terasa bebas, atau sebenarnya perasan lebih aje. :D
Susu Sejuk
Sebelum menaip, biar pokchik pekena dulu susu sejuk.  Nyamannyer :D
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera semua.

Perubahan.. kita semua melaluinya di dalam hidup.  Itu satu perkara yang pasti.  Selalunya, seboleh mahu kita cuba mengelak, dengan anggapan, perubahan itu tidak perlu.  Yelah, "if it isnt broken, dont fix it." Lalu, mula la kita mencari seribu macam alasan tidak berubah untuk sedapkan hati kita.  

Hari ini, pokchik terasa ingin berubah.  Ntah datang dari mana tenaga itu datang, tiba-tiba terasa tangan ini gatal ingin ubah susunatur blog RestNrilekS yang dah lama ni.  Terus, dalam masa tiga jam lebih, dirombak segala-galanya.  Lega.. terasa nyaman akhirnya bernafas.  Hehe.  Memang bila nak berubah, kita terpaksa korbankan sesuatu.  Tanyalah diri, kalau faedah itu lebih besar, maka korbankan sahaja.  Dalam kes incik RestNrilekS, beratus-ratus komen Intense Debate dikorbankan. Comment Luv juga dikorbankan.  Tak mengapa, InsyaALLAH, ada rezeki, isu teknikal itu akan selesai nanti. 

Beberapa widgets juga menjadi mangsa korban kreatif (kunun-kununnya).  Terpaksa.. walaupun sayang.  Kadang-kadang, kita berpaut pada benda yang lama atas sebab nilai sentimen.  Tanpa kita sedar, sebenarnya benda-benda itu mengokong diri kita untuk berkembang ke arah yang baik.  Kita rasakan tidak mengapalah, dan rasakan perubahan itu adalah menyusahkan.  Fitrah manusia ni, memang suka kekal berpaut pada yang sedia daripada meneroka sesuatu yang tidak pasti.  Walaupun berpaut pada yang sedia ada itu adakalanya tidak selesa dan membebankan.  Mengapa takut untuk berubah sedangkan buruk atau baiknya sesuatu perkara itu belum lagi terjadi.  Jangan difikirkan terlalu mendalam perkara yang kita tidak pasti lagi jadinya.

RestNrilekS Semak
Rasanya, RestNrilekS sebelum ni memang agak semak.  Semak yang teratur.  Semak yang teratur tu macam mana?  Haa semak yang teratur tu macam gambar di atas le.  Ngehee. :D


Hari ini juga,  entri ini ditaip di dalam Bahasa Malaysia.  Satu langkah kecil sebagai permulaan, tetapi idea berkurun yang terjeruk di dalam minda.  Apa rasanya?  Rasa baguslah!! :D  Hebat ke gaya penulisannya?  Cukup hebatlah bagi diri sendiri.  Belum pasti bagi pembaca yang lain.  HAHA!! Tak mengapalah.  Berubah ke arah kebaikan kan?

Perubahan itu perlu dilakukan dan dihadapi.  Sekiranya tersangkut, ubahlah caranya.

Jika kita tensi dengan bos kita, ubahlah cara kita.  Jika duit kita sentiasa tidak cukup, ubahlah cara berbelanja. Jika kareer kita tersangkut menemui halangan, ubahlah pendekatan kita.  Jika berat badan semakin da-bomb, ubahlah gaya hidup.  Jika kita rasakan orang membenci kita, ubahlah gaya hubungan sesama insan.  Jika kita rasa disayangi, senyum ajelah : ) Jika kita merasakan tidak aman, ubahlah hubungan kita dengan tuhan.  Sebab yang pasti, kita tidak boleh paksa orang berubah demi kita, yang boleh, kita suaikan diri dengan sekeliling.  IDEALnya, kita ingin orang lain faham tentang kita, sedangkan REALITInya bukan begitu.  Kita hidup di dalam realiti dan jika kita hidup di alam ideal, kita akan sakit. Muka akan mencuka memanjang Huhuu : )


p/s :  RestNrilekS di dalam cerita ini hanyalah satu metafora.  Ahaks

Sehingga Lain Kali.
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

18 ulasan:

  1. wah berlayout baru gitu... dgn layout br yg nmpk kemas nih cayok cayok menghapdet entry yer....
    suka dgn ayt ubah pendekatan lagi bab bdn da bomb hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Idea nak godek-godek tu datang macam tu je. Tak dak rancang pun. Bab Da BomB tu tak tujukan kat sesiapa. Tujukan kat diri sendiri je. Ni dah tersasar dari planning dah ni. Kekeke.

      Tak pa kena yakin. Musti boleh. hehe

      Padam
  2. Assalam..
    Satu perubahan yang akan membawa kepada kepelbagaian itu memang sesuatu yang baik..
    dan kalau kita anggap ia sesuatu yang bagus, maka penerimaan orang lain juga tentu akan jadi bagus :)

    BalasPadam
  3. Waalaikummusalam.

    Tu la, ni nak berubah slow slow.

    InsyaALLAH "kalau kita anggap ia sesuatu yang bagus, maka penerimaan orang lain juga tentu akan jadi bagus :)"

    Ayat yang ohsem boleh "quote ni"

    BalasPadam
  4. Kita adalah kita,kita yg mencorakan bagaimana seharusnya diri kita jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kita yang mencorakkan hala tuju hidup kita. Kita boleh mencuba sedaya upaya, sekiranya tidak menjadi, kita telah bertawakal dengan berbakal.

      Selamat Hari Isnin yang baik. : )

      Padam
  5. I rasa i tensi ngan boss.... Bagaimana en rizal atasinya... Sebab kt kongsi bos yg sama..... Hehehhehe.....Perubahan itu perlu untuk kebaikan diri kita....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat you. Hahahha. Luahan terbuka. Pokchik pun tak berani nak luahkan secara terbuka. Ahaha.

      I guna teknik membalas di dunia angan-angan dengan jurus 7 petala langit 7 petala bumi. Hahaha

      Padam
  6. cantik theme baru ni. kemas dan cantik. perubahan memang perlu, mencetus rasa semangat baru dan keep us motivated. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saja nak berubah angin bagi nampak kemas dan "simple".

      Betul tu, bila kita ubah sikit. kadang-kadang bagi pencetus semangat. :)

      Padam
  7. LOL @ Jika berat badan semakin da-bomb, ubahlah gaya hidup...... inilah yg paling susah nak dibuat astaga..... :D:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lol, memang setuju je. Semangat tuu dah bertepek-tepek ditambah, tapi action je kurang. Kena semangat (semangat lagi) walk the talk pulak. Hahaha.

      Padam
  8. What happened to ur ID and widgets? Masalah teknikal apa tu Rizal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah, bila dah buat ubah baru, nak tampal semula kat template, dia tulis macam ni lebih kurang "error parsing in line bla bla bla.." Dah hantar kat support@intensedebate. Sampai sekarang tak da balasan pun. Hehe.

      ID tu tak per lagi, ComLuv hilang tuu yang tak tahan. Hehe

      Padam
  9. Change is of course good... it is getting to that realization that change is necessary, which is hard. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul la, change is necessary, which is hard. Kalau senang, ramai dah orang senang2 ajer bertukar.

      Habit nak tukar tuu yang perlu banyak tenaga. Hehehe

      Padam
  10. wahh..suka dengan layout yang baru ni.tenang n simple..
    nak nak lagi dengan cerita perubahan..ter motivate pulak ku rasakan diri ini..huhuhu tersentuh jiwa yg ingin berubah dari segala-galanya..hahaha

    tiada hutang lagi tapi akan terus memberi komen bila singgah di blog ni..ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, sajer ubah sebab nak redakan perasaan membuak dalam diri. Biasalah semenjak akhir- akhir ni memang menggeledak je dalaman diri. Hahaha.

      Kunun kunun bila berubah layout boleh tenang la kot. Tak pa, musti tenang.

      Haaa apa lagi azah, kemon jom motivasikan diri. Ngehee

      Padam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )