Hari ini, rasanya rizal nak mengepek (mengepek - ayat yang diambil dari blog Abah) tentang kraf rotan ( Itu pun setelah Puan Ida maklumkan yang blog Rizal ini sudah mula hendak berkulat.) Hari ni juga, catatan bukan berbahasa Barat, tapi lebih kepada bahasa ibunda, yang Rizal rasa tata dan nahu bahasanya mungkin mencalarkan hati sesetengah pembaca. Hehe. Maaf yer, kerana saya masih budak sedang belajar. Apapun, yang pasti, memang sudah lama tiada catatan tentang rotan. Dua minggu yang lepas, kursus membuat bakul menggunakan teknik lingkaran @ "coiling" telah pun selesai diajar kepada para pelajar semester 2. Tujuannya mudah, untuk menambahkan lagi ilmu sediada mereka tentang kepelbagaian jenis anyaman. "Coiling", sebenarnya adalah satu teknik yang sinonim dengan produk kraf ribu-ribu (Produk kraf negeri Sabah-sila lihat gambar di bawah yer.) Bezanya, produk ribu-ribu atau dikenali juga sebagai rinago (Sabah) / lygodium (saintifiknya) menggunakan sejenis tumbuhan paku-pakis. Teknik ini memerlukan sedikit tambahan kesungguhan. Kalau sayangkan jari-jemari anda, Rizal sarankan tidaklah mencuba, sebab, pastinya, kebas dan perit akan terasa di hujung-hujung jari. Hehe. Tapi, bila siap, hasilnya memang tidak boleh dinafikan, nampak lebih kemas. Kepakaran dan kesabaran yang lebih, diperlukan juga ketika membuat produk. Bahan rotan juga terpaksa dipilih mengikut kesesuaian agar putaran @ linkaran kelak tidak patah. Jadi, tidak heranlah sekiranya produk yang menggunakan teknik ini agak mahal di pasaran. Produk rotan terkenal yang menggunakan teknik ini adalah Bakul Sia, yang diusahakan oleh seorang dua pengusaha di Melaka. Tidak banyak juga produk kraf rotan yang menggunakan teknik ini di Semenanjung. Boleh dibilang dengan jari. Hasil bengkel ini, Rizal akan hamparkan kelak beberapa gambar produk rotan teknik "coiling." itu pun setelah membuat manipulasi dari segi bahan, tekstura dan reka bentuk. Jadi, sila-silalah tunggu dan kunjung-kunjung ke sini lagi ya. Huhu.

Inilah dia produk kraf ribu-ribu. Bekas serbaguna bertutup (bakul) atau dikenali juga sebagai Tinompok. Teknik likaran yang sama digunakan.


AWAS - Bahasa yang digunakan di bawah ini menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia Pasar. Harap Maklum. Penulis sedikit pun tidak berbangga dengan tahap penulisan yang diketengahkan.
@damn

Orait, hehe.. fuh fuh.. rasa nak tergeliat lidah dok cakap dengan penuh sopan-santun kat atas tadi. Tapi rasanya, sekali-sekala, apa salahnya. Yer tak? Okay, selain teknik "coiling", semester ni juga, diajar membuat perabot menggunakan kayu lapis sebagai struktur utama. Rasanya, dah tiba masa, cara pembuatan perabot rotan yang lebih kompetitif dan mudah diajarkan. Sebelum ni, buat perabot memang gunakan juga rotan sebagai struktur asas. Jadi kiranya, banyak bahan rotan yang membazir, semata-mata nak buat structuring. Tapi, ia perlu diajar sebagai satu bentuk kemahiran asas teknik pembengkokkan @ "bending." Untuk bengkel perabut ni, 13 pelajar semester 6 menyertai bengkel ni. Bermakna 13 buah kerusi "single-seater" yang dihasilkan. Hmmm adakan ini bermakna, konvo nanti akan ada jualan murah untuk penghabisan stok? Kita tunggu dan lihat nanti. Ke semua 13 kerusi ini, menggunakan julat warna hitam, asli (neutral) dan juga gabungan bahan dengan tali jut. Terus-terang, hasil agak refreshing laa juga, sebab dapat lihat rekabentuk yang lebih moden, segar dan kontemporari. Bengkel perabut ini semua di bawah projek kemahiran - ertinya, penilaian dibuat berdasarkan kemahiran mengawal rotan. Kalau kelas rekaan, penilaian berdasarkan kemahiran mereka bentuk dan akhirnya membuat produk mereka tersendiri. Indah dan bermakna - itu yang mereka tak boleh lari atau tersasar tu. huhu. Otherwise, hehe.. dapat spanar suka hamba beri. Tiga gambar bawah ni, cuma gambar "macro shoot." Nanti dah settle semuanya, rizal post balik laa gambar yang sesuai.

Bila nak habis semester ni, macam biasa la. Bengkel rotan nii memang sibuk. Gambar bawah ni, sebenarnya belum lagi berjalan pada "full speed." Jadi, sibuk dan padatnya belum nampak sangat. Bengkel anyaman bakul di tingkat 3. Tak ambik gambar. Tu kalau masuk, memang bersepah-sepah rotan sana-sini. Eishhh budak2 ni, sepah-sepahkan rotan yerr.. Kau tunggu laa nanti aku masuk, jegil2 mata..baru hang pa semua tahu. hehe. Terus terang, bengkel bawah ni dah agak "cramp." Semester 6 - seramai 13 orang belum lagi buat final projek. Satu orang full set. 13 orang jawabnya berapa banyak ruang nak pakai. "At full speed" bengkel bawah ni akan penuh dengan 13(semester 6), 9 semester 4 diploma dan 18 semester 4 Sijil. 13 buat full set perabut. 9 buat single seater dan satu meja kopi dan 18 orang buat satu kerusi rehat panjang dan meja sisi. Semua ni berjalan serentak dan semuanya kat bengkel ni laa. Unit pengurusan, tolonglah..dah cramp dah bengkel bawah ni. Tolong segerakan bengkel baru rotan.. 4 tingkat new building seperti yang dibincangkan hari tuuu yerr.. tolong cepat sket yerr.. hehe. tahap-tahap nak dekat final ni. Haa macam-macam ragam laa students.. yang peninglah,, yang tak pernah migrain dapat migrain laaa... yang seram sejuk laaa.. Haha.. Been there done that masa student. So, hopefully.. dalam akhir bulan 6, sempatlah post semua produk2 baru yang dikeluarkan. Rasanya tak laaa nak tepek semua, tapi separuh jer.. kang panjang lebar laaa pulak jadi satu post. Bila bengkel dah cramp mcm ni, seperti biasa, kemalangan akan terjadi walaupun langkah-langkah keselamatan dan berjaga-jaga telah diambil. Semua berpunca dari pelajar sendiri, yang nak cepat projek, jadik rakus. Tambahan penat mula mengambil alih dan hilang daya konsentrasi. Sem lepas, pelajar perempuan kayu hampir putus jari dok dimakan oleh mesin router. Baru2 ni, pelajar rotan tertembak paku di tangan menggunakan "nail-gun" Rasanya, ni akibat bila kepadatan melebihi ruang. Oraitla, rizal pun tak nak mengepek panjang2.. sebab rasanya ni pun dah cukup panjang. Tunggu jerr laaa nanti rizal post gambar produk rotan lain pulak. Huhu. Kena kembali semula mengejarkan illo IF yangtak siap-siap. Tema mudah, tapi hai kena cam "Creative Block" err kira cam "Writer's Block" kot


Orait..apa-apa pun selamat berlibur, selamat menaip papan-papan kekunci dan selamat menyambut hari yang baik setiap hari.
@ayuk@nggaya@sinchan
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

41 ulasan:

  1. salam rizal,

    bahasa yang di atas dan di bawah sama sama elok dan cantik.. :)

    seronoknya menganyam bakul. dulu masa kecik kecik selalu tolong moyang anyam tikar guna mengkuang... rindu nyer...

    BalasPadam
  2. salam moeha,

    mekasih kalau kata cantik. rasanya bahasa yang moeha gunakan lagi cantik..
    :) tahniah dan syabas..

    rizal masih belum reti anyam tikar..yang lain2 buleh la..rasanyer student rizal lagi expert kalau anyam..hehe

    selamat hari senin yer..

    BalasPadam
  3. Budi Bahasa Budaya kita,,.... heheh ha kan dah berkilau balik blog ni.. kalo tak aritu dah mula tumbuh kulat...

    student tgh suntuk sgt masa ni ka.. kesian pun ada.. tp nak wat camana... assesment tetap akan berjalan. heheh

    BalasPadam
  4. ye ye..budi bahasa budaya kita.. jadi hamba bagikan serangkap pantun 4 kerat yang tak seberapa..

    Ke pasar Mek Tijah segera sedaya upaya,
    Melatah kecoh menjerit melihat tikus adanya,
    Ohhh marilah menjulang seni bahasa dan budaya,
    Agar waris kita nanti tinggi nilai adabnya,

    hehe..

    nak tak nak..assessment dah tak boleh tangguh.. time frame pun dah agak cramp dah ni.. huhu

    BalasPadam
  5. ewah..ewah...siap berpantun2. hehe. panjang lebar post ini ya. macam "electrocuted" rasanya membaca post kali ni. hehe.

    syabas rizal. penggunaan bahasa dan isi sama2 bagus. cikgu kasi A ya.

    p/s: teruskan mencurah ilmu kepada anak bangsa (dan para blogger). hihi.

    BalasPadam
  6. Salam mango,

    Ni haa pantun 4 kerat, tapi bukan pantun anting2 nikmat yer..

    Sabah yang indah penuh keunikannya,
    Terkedu hamba pengalaman deria merasa,
    Eh eh mango manakah nukilan ilham IFnya,
    Segera segera keluarkan untuk deria kami merasa,

    huhu..
    Terima Kasih yerr teacher manggo dapat A. Rizal dapat A sebab tak doodling dalam kelas. hihi.

    p/s: rizal tak leh taip jenis chiter2 sebab nanti terpanjang jadiknya - macam Pesta buku, HKK, Bicara Kraf dan yang ni.. Pembaca sure terkena electrocuted.. huhu

    BalasPadam
  7. Pak rizal whenever saya lalu di industri rotan di sini pasti ingat pada restnrileks ...semuga terus majukan industri rotan

    BalasPadam
  8. Salam pak bono,

    terima kasih ya. tapi yaa memang benar.. saingan industri rotan kini memang diasak kiri dan kanan. Sintetik material kini lebih murah dan lebih mudah didapati..

    itu yang pasti.. :)

    BalasPadam
  9. helo rizal!! :D I haven't updated my site you know. hahaha been bz with my paintings lately and my art class. uwagaga. Trying to make myself available but ohh myy.. my brain crampin'..

    ----

    Hmm.. interesting coiling. I like the first picture. It really amaze me. :D

    BalasPadam
  10. Haa..panjang ya amat! Oklah tu, baku dan tak baku, kedua-duanya ok!

    Cantiklah bakul tu!

    BalasPadam
  11. helo pupu,

    tak per, kadang2 memang camtu. Kerja kadang2 ambik masa begitu banyak. Ni pun masa mencemburui rizal huhuhu..sampai payah nak selesaikan banyak kerja.. huhu..

    thanks sebab suka bakul coiling tuu yer. :)

    Salam Kak emila,
    ha ahh, sekali-sekala terpaksa laa panjang kan post..tapi still tak buleh lawan post kak emila yang tak henti-henti keluar mcm choo choo train..huhu.. tabiks tabiks..

    Mekasih sebab suka bakul tuu.. :)

    BalasPadam
  12. laaa!! Betul k pakai tangan nak buat coiling tuh? My mum said ade mesin.. kuar2 je dah siap pusing2.. haha.. seriously.. huhuu

    nak jugak menulis dalam bahasa Melayu, cume belum cukup berkeyakinan lagi. hehe.. lagi pun, what about my other readers? Ape lah Bluecrystaludude merepek nih.. hehe

    BalasPadam
  13. haha...

    so far tak nampak lagi laa ada mesin leh anyam2 camtu..interesting nii kalau ada..gula2 candy kapas tuu tau laa..yang bila tgk memang teruja..huhu..

    kalau anyam bentuk simetri buleh laa, kalau kena tak simetri...hmmmmm jenuh itu mesin..

    tuuu dia bm buleh berkeyakinan...dok tgk bm hang ok jerr..tak dak masalah pun.. tak per tak per.. yang penting contents kan?

    BalasPadam
  14. Here most of them still use the real rattan tapi Promosi kurang so susah mau di jual...

    BalasPadam
  15. salam..lawa la yg atas tu...iskkkk..hadiahkan kat saya bole? ahaks

    BalasPadam
  16. Pak bono,

    betul promosi rotan memang kurang. Sini pun kurang promosi juga. Itu antara sebab terwujudnya blog ini. hehe. :)

    Salam Arsaili,

    wuihhhh jauh tuu kalau nak dihantar ke Australia. Sekarang bakul "coiling" ni masih belum ada banyak stok lagi. Kalau ada, InsyaALLAH. Tapi ini bakul manyak susah laa mau buat. hehe..

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  18. Wow! Penuh kesenian. I pernah ghalit melihat aktiviti seumpama dalam perjalanan dari Tapah ke Cameron Highlands suatu masa dahulu...

    BalasPadam
  19. Mekasih abang zubli,
    Suatu ketika dulu, barang2 kraf ni memang banyak. Sekarang handmade malaysia nii pun banyak saingan..

    I guess, at this end, the fittest will survive.. hihi.. :)

    BalasPadam
  20. Rizal, allow me to share a point with you. I am never a believer of competition, I support cooperation. In training for example, when a participant has gone to all trainings, once in her or his lifetime attend mine. When a participant has attended mine, she or he can go for more trainings from other Experts. The only competition I promote is the Zubli now against the Zubli a potential be. Ditto for expertise. Begitu juga rattan handicraft ini, yours is unique. No competition against others. Move into loyalists from your data base. Total cheers Rizal!!!

    BalasPadam
  21. Hehe..thanks for sharing your point of views.. abang zubli.. :)

    i think when i said "survival of the fittest.." it was supposed to be more on a funny side.. Tapi tak perla, taip2 ni kadang2 tersilap bahasa..sebab tak dapat tgk non-verbal language kan..

    survival of the fittest - yup.. there are some who would do anything just to be at his / her desired place. Sounds ugghh..And I am absolutely agree with your point of views.. Sharing knowledge.. atau farming knowledge.. then we will learn from each other and keep pushing ourselves beyond our own limits..

    ehh abang zubli...cepatnya balas...ni macam kira 8 wonders of the world.. macam mana tahu.. huhu

    I see that you have numerous blogs under your wing.. tapi rizal nak tahu jugak mana yang "main" atau utama.. so i can go there and link back to you.. if that is okay wit you..

    Nama abang zubli nii selalu laa terserempak kat blogsphere.. :)

    p/s : arghhh i am having illustrator block to do my IF theme -worry.. wish me luck.. :)

    BalasPadam
  22. Oh itu macyiam kah? Rizal, I am never serious about life. Melawak jer memanjang. Jikalau you pun boleh melawak, okay ler 2! To me survival of the fittest, ialah orang yang kuat kentut dia menang. Sebab apalah guna kekayaan di dunia jika dalam badannya manyak angin. Betoi dak? LOL!!!

    BalasPadam
  23. ehhh.. i fart a lot you know..

    haha.. ewwwww.. = )

    BalasPadam
  24. Okay...LOL!!! Me too. Tapi ada sopan susilanya, dalam teksi tak berapa boleh. Sebab, nanti pemandu teksi perangkap, "Yang kentot tadi belum bayarlah!!!" Habeh reputasi...LOL!!!

    BalasPadam
  25. Rizal, jika ada rattan lebih, jom kita ajak kawan-kawan yang faham survival of the fittest aper dia, dan kita sama-sama lukis gambar yang terbesar di dunia. Ini linknya:
    http://strangemaps.wordpress.com/2008/05/25/277-the-biggest-drawing-in-the-world/
    Jom!!! Sure Heboh...

    BalasPadam
  26. Dear Rizal, an award for you. http://atotalblog.wordpress.com/2008/05/26/shinade-15/
    Total cheers!!!

    BalasPadam
  27. ohhh terima kasih abang zubli..

    huhu.. tak disangka hari terus dapat award.. begitu teruja sungguh.. huhuhu..

    BalasPadam
  28. Rizal, I cerita kat LadyJava pasal survival of the fittest, lepas itu dia kasi tengok video ini: http://www.shareaflick.net/57890-Flatulence.html
    Gelak giler! Hahahahahaha...

    BalasPadam
  29. Satu pujian untuk pencenta seni.. seni bakul tu memang cantiklah Rizal... sayangnya aku punya tangan tak seseni tu... cuma reti wat ketupat jer

    BalasPadam
  30. Betul tu Rizal, bersyukur you dianugerahkan dengan tangan yang seni kraf. Ada pula yang boleh pula anyam ketupat. Saya, buat kapalterbang kertas pun masih terkial. Harap kentot jer kuat! Hahahahaha...

    BalasPadam
  31. Salam Bro,

    Ehh! sekurangnya bro boleh anyam ketupat. Rizal tak reti anyam ketupat.. hehe.. Tapi blog bro, kira satu bentuk seni jugak tak..? :)

    Salam Bro Zubli,
    Alhamdulilah..syukur..
    Hehe.. buat kapal terbang? Fav rizal tuu koyakkan kertas masa kecik2 dulu.. huhu..Tapi bro zubli pun ada juga satu kelebihan.. saya rasa lahh.. :)

    BalasPadam
  32. Eh eh eh, dia buat-buat tanya pulak ya? Memang lah I ada satu kelebihan, dan tidak perlu dirasa. Terkenal sudah. Seantero dunia. Kuat Kentot! Kenafer Cyak Fercaya ker?

    BalasPadam
  33. Macamana final Assessment Rizal? Harap you berjaya cemerlang. I punya final assessment selesai dah. Kira okay ler 2!

    BalasPadam
  34. wahhh macam seronok pula mengayam bakul.. mmm boleh ajar sikit... mahu cuba buat bakul sendiri.. :D

    Yeahh... :D

    BalasPadam
  35. salam rizal,

    kalau i nak berminat nak tempah bkul rotan tu kat mana or camana i bleh dptkan?
    plz contact me at emillion_services@yahoo.com
    tq so much...

    BalasPadam
  36. i have emailed you. check ya..

    thank you..

    BalasPadam
  37. salam en rizal

    saya sedang mencari pemebekal yang menjual bekas yg di buat dpd anyaman ribu-ribu ni untuk dijadikan hadiah bagi tetamu dlm kenduri perkawinan. Minta tlg en rizal beri saya info.

    BalasPadam
  38. en rizal,

    nama saya madihah..ni email saya jeluang@yahoo.com.

    terima kasih

    BalasPadam
  39. uiksss..en.rizal

    em..tak sngka bdk2 rtan so kreatif..walaupun npk besph tapi bt krja dgn kms..anywy sy syem hemmm....

    BalasPadam
  40. salam rizal...rehan ada tugasan mengenai kraftangan.rehan pelukan bantuan rizal.mohon balasan daripada rizal seberapa segera ya....

    BalasPadam
  41. salam rehan,

    bagaimana boleh saya bantu. Rehan boleh email saya dengan lebih lanjut.

    Komentar rehan di sini membawa saya ke pautan reha, jadi, mungkin rehab boleh email kepada saya ya di talrasha2007@gmail.com

    Recent blog:=- Harry Potter and Half Blood Prince

    BalasPadam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )