Moments captured using Lumix Fx-8.
Proper BM please rizal no campur aduk... wokeh.. Tahun ni Jurusan Seni Kraf Rotan mengeluarkan sisipan @ "brochure" nya buat pertama kali. Idea sisipan ini sebenarnya bertitik tolak atas isu penjenamaan semula bidang Seni Kraf Rotan yang mula dilaksanakan tahun ini. Ini termasuklah dari segi rekaan, teknik mahupun sikap. Secara amnya, memang tidak dapat dinafikan, bila disebut Seni Kraf Rotan, pandangan umum rata-rata berkisar kepada satu seni kraf kampung yang diusahakan oleh kaum-kaum ibu. Seni Kraf Rotan juga tidak dilihat gah seperti mana bidang seni kraf yang lain seperti ukiran kayu, tenunan songket dan juga batik. Jauh sama sekali dianggap sebagai bahan produk yang boleh dikaitkan dengan gaya hidup masa kini. Justeru, sisipan ini merupakan satu usaha kepada masyarakat bagi mengubah persepsi atau imej produk rotan itu sendiri. Produk-produk di dalam lampiran, diharap dapat mengubah persepsi masyarakat. Ia dihasilkan dengan mengambil kira aspek rekabentuk yang lebih bersifat segar dan berwarna-warni serta semangat tenaga pengajar jurusan seni kraf rotan Institut Kraf Negara itu sendiri. Perbandingan dengan beberapa sisipan agensi-agensi kerajaan lain diambil kira bagi mengelakkan ianya jatuh tergolong di dalam sisipan bersifat ala "government style.." Apa pun, yang pastinya..penerbitan sisipan ini akan menjadi aktivi tahunan jurusan seni kraf rotan dengan penambahbaikan yang lebih dari tahun sebelumnya. :)
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]